heart attack

babes

04 May 2013

Sahabatku, Cintaku 4

Assalamualaikum,
 Salam Jumaat to uolls, selamat menunaikan solat jumaat to all kaum adam especially my lovely sahabat, Bubble :) aku baru je text dengan dia before dia pergi solat jumaat, and this is the first time he said "muaaxx" to me. hahaaha . dah pandai dah budak ni nak muah muah bagai. hmm itu yang aku risau sebenarnya. makin lama makin advance. apa yang merisaukan aku ialah,aku takut aku terjatuh cinta sedalam-dalam nya dengan dia, huwarghhhh nak nangis ! even skrg ni pun aku dah mula sayang kat dia, tapi dia macam tu je lah, still blur2 lagi, tak faham lgsg hint yang aku tunjuk kat dia..

eh eh, baru je cakap pasal dia, dia dah text aku . dah habis solat jumaat lah tuh. hihi..hurm, dia dah kerap guna perkataan "cyg" kat aku. hati wanita mana je tak tersentuh weh. masa mula2 dia panggil syg tu aku boleh buat bodo je lagi, tapi dah lama2 ni makin mesra plak kitorg, aku dah jadi angau pun ada. haihh.. aku takut sangat kalau dia setakat gurau2 je, aku x nak kecewa di kemudian hari.. aku tak sanggup dah nak sedih2. cukup lah pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati..

orite, gonna post later, it tooks a day to post this one, dunno which one to tell, a lot of thing actually!


 

01 May 2013

Sahabatku, Cintaku 3

Assalamualaikum,

Wahai sahabat, bangun lah dikau. Sesungguhnya aku sedang menanti message daripada mu! Hehe.

Well, sahabat yg aku sayang ni still tido lagi sebab die main futsak kul 1 pagi td pastu boleh plak  sambung lepak tengok bola. Sampai kul 5 lebih rasanya..

To be honest, masa die bg tahu die nak main futsal kul 1 pagi tuh kan, aku terus tido tau. Mmg aku ngantuk giler ah balik drpd kenduri tahlil tuh. Nak dijadikan cerita, enset aku ni vibrate kul 2 pagi plak. Rupanya sahabat  anta mesej. Aku pon dengan mamai nya baca and reply text dia. Happy nye bukan main lagi. Aku gembira sgt bila dia text aku, means dia igt gak kat aku. Wlu pun hanya aku seorang je yg rindukan dia. Huhu

Pastu kitorg pun text sampai lah kul 4 lebih. Mengantuk nya jangan cakap lah weh, tapi ku gagahi jua sbb nak text dgn dia. Tapi lama2 dia reply pun pendek2 je, so aku terus x reply lah. Aku assume die dah x nak text dah. Lagi pun die tengah ngantuk jugak.

So skrg ni mata aku sakit sangat sbb tido yg x cukup. Hahaha dengan cuaca sejuk nya lagi mmg sodap eden tido ni haaa.

To my sahabat, aku sayang kau weh. Wlu pun dah byk hint yg aku cuba bagi, tapi tak tahu lah sama ada ko still x faham or buat2 tak faham je.

Sahabatku, Cintaku 2

Assalamualaikum,

Its almost 5 am , and i still havent sleep yet. ouh sahabat, tahu kah engkau ?
aku berjaga hingga ke saat ini kerana ingin menemani malam mu. dan sesungguhnya rindu yang bertandang ini tak dapat lagi aku bendung. hanya kata-kata kosong dapat aku berikan, asal dapat melepaskan rindu terhadap mu. mengapa jarak kita terlalu jauh. betapa aku rindu untuk mendengar gelak tawa mu, suara mu, dan wajah mu!


 

Sahabatku, Cintaku 1

Assalamualaikum, Hai everyone, lama tak singgah kat blog ni, berhabuk habis dah. haha. erm erm, aku terfikir nak post ni pun sebab ada satu cerita yang nak dikongsikan. sebab aku rasa tempat lain dah tak selamat untuk aku cerita. hehe. kisah yang aku nak cerita ni tentang seorang lelaki yang aku telah menaruh hati padanya :) dan dia aku panggil sebagai sahabat . dia lah tempat aku ketawa, dia lah tempat aku mengalirkan air mata. pada awal nya,aku just suka-suka biasa . tapi apa kan daya aku seorang insan lemah yang tidak mampu mengawal hati dan perasaan ini, dimana lama kelamaan suka telah bertukar menjadi sayang. ya, aku sayang sahabat aku, lebih daripada seorang sahabat. apakan daya pula, dapatkah dia menerima aku lebih daripada sahabat? dapatkah dia menerima aku seadanya? tidak sanggup aku dikecewakan lagi, hati ini bukan lah mainan yang bisa bertukar ganti.