heart attack

babes

29 May 2010

I'M SO THANKFUL

Hari ni keje aku memerap diri dalam bilik je. sebab apa?
sebab aku tak tau nk buat apa selain daripada tengok laptop.
3 hari berturut-turut aku mengemas bilik ila(1st sister)  tu sehingga lenguh tangan dan kaki,termasuk lah bilik aku sendiri yang memakan masa selama 12 jam...huhhh memang memenatkan.so aku decide hari ni aku akan baring sepanjang hari. mak aku plak mesti fikir 'budak ni pengsan ke apa ?'.. hahahaha..


sepanjang aku mengemas bilik kakak aku tu, terlintas di fikiran aku,mesti nanti aku rasa menyesal kemas bilik dia ni.


sebab nya,tau-tau je lah perangai dia yang tak habis-habis nak mengganggu aku.sometimes aku rasa kisah kitorg ni macam 1 game.tapi setakat ni aku tak pernah melibatkan diri dalam game ni.

aku cuma melindungi diri daripada masuk dalam game ni.haih..aku pun dah pening dengan apa yang aku cakap ni.

kalau lah aku sendiri memang nak main "game" ni,aku dah lama balas apa yang patut untuk menjatuhkan dia.
semua perkara yang aku buat selama ni ,tak pernah sesekali pun aku sentuh hidup dia.


sebagai seorang adik,tipu lah kalau aku kata aku tak nak tau pasal hidup dia.
sape kwn baik dia?
dia prnh ada secret admire tak?
macam mana cara dia belajar?
masakan apa yang dia tau?
dia suka style baju yang mcm mana?

tapi aku tak pernah berkesempatan untuk tanya pun.
sebab aku tau dia bukannya jenis yang suka share something dengan people.
but then,kalau dia mmg tak suka aku ambil tau pasal dia,kenapa mesti dia ambil tau pasal aku?
adakah kerana dia seorang kakak dan dia berhak buat apa saja terhadap adik nya?

bukan ke seorang kakak harus bagi contoh yang baik kepada adik nya?tapi kenapa segala tindakan dia selama ni membuatkan aku rasa benci kat dia?
selama ni aku hormat dia,tapi dia?
pernah tak dia try nasihat adik dia elok2? 
tak pernah...
pernah tak dia bagi tunjuk ajar kat adik dia? 
tak pernah.

kalau ambil berat dengan cara membuat adik dia menangis , aku rasa dia dah gagal menjadi seorang kakak.
sometimes aku tertanya-tanya,susah sangat ke nak cakap lembut dgn adik2?
susah sgt ke nak tanya khabar dan sebut nama adik2?
susah sgt ke nk bergelak ketawa dgn adik2?


sometimes aku tak respect dgn dia.kalau mcm ni lah perangai dia,aku prefer jd sederhana drpd jadi budak pandai.buat apa jadi pandai tapi hati sombong?
sama jugak kalau jadi kaya,tapi kedekut dan tamak..right?

kalau mmg dia ada dendam dan rasa tak puas hati,kenapa harus dia pendam? 
kalau dia bagi tau pun,tak kan lah kitorg nak gelak?sebagai adik-beradik,adalah tanggungjawab kitorg untuk mendengar dan saling menasihati.

aku dgn ily(2nd sister),selalu jugak share something. sometimes aku tanya dia,kenapa mcm ni?knp mcm tu? dia pun cerita la semua yg dh terjadi.
sometimes bila aku tanya,dia marah..dia kata,"sebok lah ko!"
aku cuma diam je lah,dlm hati aku,"it's ok.maybe dia perlu masa"
aku cuma tunggu je la masa yang sesuai.
ily tu pun jenis yg panas baran gak.
tapi apa boleh buat,just respect dengan apa yang dia rasa.
kadang2 kalau dia tak setuju dengan cara aku berkawan ke apa,dia cakap terus terang.bila dia nasihat ,aku pun cuba pertimbangkan apa yang dia cakap.aku boleh terima teguran.

sepanjang tempoh aku dgn ily tak bercakap dulu,aku selalu teringat peribahasa yang mengatakan "air yang dicincang tak akan putus".aku mmg tak setuju dengan peribahasa tu.

but then,tiba2 kitorg baik semula.masa tu,aku decide.aku akan jadikn semua tu pengajaran.semenjak tu,kalau ada gaduh ke apa,aku cuba control diri supaya jangan terlalu marah.bila terlepas ckp atau tengking secara tak sengaja,aku act mcm x ada apa2 yg berlaku.

pasal epa(adik) pulak,mula-mula tu memang complicated.
dia memang sensitive.dengan mak sendiri pun susah nk cakap.aku sedar yang dia macam diabaikan.dia terasa terabai pun sebab sikap dia yang pelik tu.mungkin sebab dia sedang meningkat remaja,so hati dia memang sensitive.
pendiam,kurung diri dalam bilik,tak cakap dgn sesiapa pun.

suatu hari aku terfikir,sampai bila aku nak biarkan benda ni berterusan? tak kan  aku nak biarkan adik aku keseorangan dan kesepian sedangkan dia ada sebuah keluarga.aku tak nak dia jadi mcm aku masa form 1 & 2.sungguh terasing daripada keluarga.

aku faham perasan dia.aku faham sesangat situasi dia.dan aku tau apa yang dia harapkan.sejak tu aku decide,aku akan mulakan semuanya slow2...

permulaan-aku selalu tanya dia tentang pelajaran dia .subjek apa yang lemah, markah peperiksaan mcm mne,tuisyen kat sekolah,event2 kat sekolah.
* masa permulaan ni,sepatah aku tanya,sepatah dia jawab.kdg2 geram gak,tapi sabar je lah,sbb dia memang sensitive.

pertengahan-aku mula belikan dia hadiah seperti jam,baju..pastu aku ajar dia mathematics sbb dia mmg lemah dlm subjek tu.pastu teruskan ambil berat psl sekolah,kwn2 etc..
*sepanjang tempoh ni mmg ada kemajuan,kitorg dah start gelak2.lagi2 time aku ajar dia math,yg kelakar nya,aku pn tak tau apa yg lawak,main gelak je..

pengakhiran-kitorg makin rapat.dia pun tak malu nak tanya apa2 kat aku.bila dia suh aku hantar dia g skola,aku hantar...bila dia nak pinjam novel,aku bagi..bila dia nak pinjam kamera,aku bagi..(walaupun berat giler hati aku sbb kamera tu baru lagi..ahahaha)..yang plg aku geram,bila dia bagi kawan2 dia pinjam cd2 yang aku beli guna duit sndr tanpa pengetahuan aku.bila aku tanya kenapa x bg tau? dia kate,"ko tak tanya pn.."..ahahah..nak meletup gunung berapi dibuatnya.tapi aku cover cool.kang kalau aku mrah,sia-sia lah usaha aku selama ni.so,aku just ckp,"jangan pinjam lama2 ekk"...sabar je lah..aku tak marah kalau dia nak pinjam kat sesape pun.tapi dia tak bagi tau dulu.haihh..tak pe2..aku pun buat bodo je,sebab tak kan dgn adik sendiri pun nak berkira,right?

so,kt sini korg sndr boleh nampak kelemahan dan kekuatan adik dan kakak aku. aku terima diorg seadanya.sebab kitorg semua lahir dalam perut yang sama.cuma masa je lain.

actually,pasal ila tu,dengan aku seorg je yang dia tak okay.ila dgn ily,ila dgn epa,walaupun diorg tak bercakap tapi diorg ade contact2 gak.tak tau lah mcm mne nk cakap.mungkin dia tak boleh terima kelemahan aku.aku tak harap apa2.just,kalau dia tak boleh terima kelemahan aku or anything tntg aku,just keep quiet...

anyway,aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.

aku bersyukur ada seorang mak yang lembut hati dan seorang ayah yang garang.
aku bersyukur ada seorang kakak yang pandai tapi sombong.
aku bersyukur ada seorang abang yang alim tapi suka membebel.
aku bersyukur ada seorang kakak yang cool tapi panas baran.
aku bersyukur kerana aku peramah walaupun aku tak pandai.
aku bersyukur ada seorang adik yang pemalu tapi sensitif dan pelik.
aku bersyukur ada seorang adik bongsu yang kecoh tapi tak mengaku kesalahan sendiri.


        
   

  TERIMA KASIH YA ALLAH...

No comments: