heart attack

babes

03 June 2010

Saya dan Prinsip Akaun :))

Malaysia kekurangan akauntan bertauliah

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permintaan yang tinggi terhadap akauntan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kini menyaksikan Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan profesion tersebut.

Presiden Suruhanjaya Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, negara kini mempunyai 25,000 orang akauntan yang mana hanya 600 sahaja diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.
Beliau berkata, akauntan merupakan satu jawatan yang mendapat pendedahan pendidikan yang menyeluruh di dalam operasi perniagaan.

''Kekurangan akauntan di negara ini tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya disebabkan oleh permintaan tinggi dalam pasaran kerja.

''Situasi itu menyebabkan kebanyakan graduan akauntan tidak sempat untuk mempraktikkan profesional itu sebaliknya terus ditawarkan sebagai peneraju untuk sektor komersial,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau menganggarkan hanya 30 peratus graduan akauntan benar-benar mempraktikkan profesional itu sekarang.

Mohd Nasir berkata, seseorang akauntan biasanya diberi pendedahan yang meluas dalam aspek akaun, percukaian, audit, pengurusan kewangan dan pengurusan risiko.
Kelebihan itu menyebabkan individu yang bergelar akauntan tidak lagi terhad untuk pekerjaan itu semata-mata tetapi turut melayakkannya menerajui perniagaan sebagai CEO.

Beliau berkata, memandangkan profesion akauntan sangat penting dalam ekonomi negara, Malaysia dianggarkan memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan menjelang 2020.
Bagaimanapun, ACCA tidak mempunyai data spesifik keperluan tenaga profesional itu mengikut penduduk negara.

Namun, beliau berkata, di United Kingdom 25 peratus daripada jawatan CEO, ditunjangi oleh akauntan.
Manakala, di Malaysia sahaja hampir 30 peratus daripada CEO syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) adalah diterajui oleh akauntan yang bertauliah.
Mohd. Nasir menambah, profesion akauntan adalah tunjang utama ekonomi pada masa depan dan permintaannya tidak akan terjejas meskipun dunia dilanda krisis ekonomi.


Cikgu aku ada bagi tau pasal berita ni tahun lepas.masa tu dia tengah ajar kitorang subjek akaun untuk kelas tambahan.aku tumpang simpati kat akauntan-akauntan di Malaysia ni sebab kebanyakannya tak bertauliah.

bukan senang nak jadi akauntan bertauliah.tempoh yang di ambil untuk jadi akauntan bertauliah memang panjang..jadi anak dara tua la jawabnya..

Since first time aku study akaun form 4, dalam hati aku hanya mampu kutuk dan maki bahawasanya ini lah subjek paling 'YUCKSS'..hahaha..memang kejam..

tapi ujian march aku dapat A.tu pun skali je.exam midyear,final exam until early of form 5, FAILED beb! huhhh..aku dah mula seram. tak kan aku nak dapatkan markah yang sama untuk SPM?

aku hampir-hampir give up.ingat nak drop subject tu.akaun ni memang best! mula-mula aku tak minat,but then berputik lak perasaan suka tu.so,kiranya aku ada minat kat akaun tapi dia susah dan aku tak boleh carry subjek tu.macam-macam cara dan ikhtiar aku fikir.last-last aku pergi tuisyen.itulah tuisyen pertama dalam hidup aku. the only subject yang aku pergi tuisyen.


aku study and study and study.semangat sebab aku tak nak failed! biarlah tak dapat A,asalkan aku tak fail. tengah-tengah berusaha gigih sebelum SPM tu,tiba-tiba aku fikir,

    "akaun ni not bad.lagi-lagi bila aku amik tuisyen,makin best lak.perasaan suka dah jadi cinta. takkan la aku pergi tuisyen ni semata-mata nak pass je ?tak boleh jadi ni!! tak kisah aku tak makan tak tido pun asalkan aku nak A untuk SPM nanti!!!!!! "

huhhh,semangat masa tu memang membara.aku study hard and smart.mata pun dah bengkak sebab tido sampai pagi.kadang-kadang tertido atas meja belajar.
lupa nak makan,lupa nak minum,lupa nak buat homework lain.sampai ada satu masa tu,bila aku tengah study akaun,aku tiba-tiba menjerit! mungkin tension sangat.pastu bila dah menjerit tu,menangis lak.tak tahu nak mengadu kat siapa.

nak mengadu kat BFF,dia bukannya faham susah akaun tu.dia amik sains,aku pun tak faham susahnya sains tu.haihh..nak mengadu kat parents, lagi la diorang tak faham. dah la tak ada boyfriend.haihh,kesiannya aku ni.

Lalu,SPM pun tiba.Esok nya adalah hari yang aku nanti-nantikan.kertas akaun akan mendarat depan mata aku esok.malam tu punya la aku nervous.aku masih lagi mengulangkaji.buat latihan banyak-banyak.sempat lagi tefon cikgu tuisyen,masa tu jam 11 pm kalau tak silap.aku tido dalam jam 2 pagi.

esok nya tu bangun,mata teramatlah sakit! sakit kepala sebab banyak sangat mengira malam tadi.saat nya untuk menjawab kertas Prinsip Akaun 2.....


baca bismillah,buka paper,,,,baca dengan teliti soalan 1-6....then.....
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
pekebenda soalan ni nak?
hahahaa!! aku tutup balik paper tu.pejam mata,tarik nafas,then buka balik paper...aku baca soalan no 1.
jawab punya jawab,alhamdulillah!! jawapan nya tepat! so aku yakin 29 markah dalam tangan!!
(paper 2 akaun full marks 80)
beralih ke soalan no 2  lak,........
HAA!!!aku dah mula panik kat situ.bapak ah! aku tak faham langsung apa soalan tu mintak?

aku memang gubra gila masa tuh..
"kenapa aku tak pernah jumpa bentuk soalan macam ni?"
"kenapa format dia lain?"
"cikgu tak pernah ajar pun yang nih!"
hahaha..cikgu plak yang dipersalahkan..kesian ,kesian..

aku pun dah tak larat nak gubra je memanjang..aku give up terus.aku main jawab je soalan tu.ntah apa yang aku jawab aku pun x faham.

pastu stil ada 3 soalan yg kena jawab.dah la masa singkat.haihh..aku pun dengan kelajuan 90 km/h-1,menjawab soalan-soalan tersebut.ada yang tak lengkap,tak kemas,ruang jawapan kosong...
dalam hati aku : LANTAK LAA....
habis je paper akaun,balik rumah tido!!
tak larat nak fikir dah!!

di pendekkan cerita,hari nak amik result tu,berlari-lari aku pergi jumpa guru kelas.bila cikgu bagi result tu kat aku,haa tuh dia....


hanya Allah SWT je yang tau betapa bersyukur dan bahagia nya aku.seriously aku tak sangka akan dapat A.walaupun bukan A+...tapi bayangkan lah,dari failed terus ke A.

rasa macam nak pengsan pun ada..hahaha.aku menjerit sampai diorang semuapandang.padahal bukan straight A's pun.biar ah! usaha gigih dan pengorbanan aku hanya Allah je yang tahu.

Alhamdulillah,usaha mak bapak aku dan usaha aku sendiri tak sia-sia.Akaun lah benda paling susah yang pernah aku capai setakat ni.jadi aku dah tekad,aku akan setia dengan akaun selamanya.walaupun aku dapat kos pengurusan bank kat UiTM dungun tu,tapi aku akan cuba usahakan jalan hidup aku kembali kepada akaun semula,tak kisah la apa risiko pun,tak kisah la berpuluh-puluh tahun pun...

whatever it takes..i will never keep us apart..
hohoho~



No comments: